Sunday 28 January 2018

PIAGAM PELANGGAN


  • PIAGAM PELANGGAN MUSOLLA UMAR AL KHATTAB:


Kami pihak pentadbir dan AJK Musolla  Umar Al Khattab berjanji mengimarahkan musolla ini dengan;

1.    Memastikan suara azan berkumandang dan solat berjamaah didirikan pada setiap waktu sembahyang

2.    Berusaha menjadikan musolla ini tempat ibadat yang selesa, bersih,kemas, damai dan menarik merangkumi ruang solat, peralatan,perabut, stor, bilik air, tempat wuduk, halaman, dan landskap.


3.    Berusaha mengadakan dan memajukan majlis-majlis ilmu, usrah,ceramah dan majlis-majlis kebesaran agama seperti Ma’al Hijrah dan Maulidur Rasul.

4.    Sentiasa mengimarah dan menguruskan musolla dengan ikhlas termasuk berjemaah di musolla, mengadakan mesyuarat dengan kerap, mematuhi giliran bertugas, sentiasa berlapang dada dan meningkatkan kemahiran.

5.    Berusaha merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga sekolah dengan mengadakan pelbagai program kemasyarakatan seperti gotong royong.


6.    Memberi layanan mesra dan perkhidmatanyang cekap kepada setiap pengunjung musolla Umar Al Khattab.

No comments:

Post a Comment