Sunday 28 January 2018

PERATURAN AM


  • PERATURAN AM PENGGUNAAN SURAU UMAR AL KHATTAB:


  1. Pelajar-pelajar dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan dan ketenteraman musolla dan persekitarannya.

  1. Pelajar-pelajar diwajibkan menunaikan solat fardhu di musolla secara berjamaah.

  1. Musolla ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat, melaksanakan amali Pendidikan Islam , menyambut hari-hari kebesaran Islam dan aktiviti-aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan.

  1. Semua barang dan peralatan musolla hendaklah dijaga dengan selamat. Ia tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran ketua warden/PK HEM/Pengetua.

  1. Semua Jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu, kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.

  1. Sebarang jenis makanan dan minuman tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke dalam musolla.

  1. Tidak dibenarkan membawa masuk ke musolla senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya,bahan-bahandan gambarlucah, majalah-majalah hiburan dan risalah-risalah ajaran sesat.

  1. Tidak dibenarkan lepak, berbual-bual, tidur atau menyalin pakaian di musolla.

  1. Pelajar-pelajar hendaklah berada di musolla untuk mengikuti kuliah/ceramah agama/ilmiah atau bertadarus Al Quran di antara waktu Maghrib dan Isya’ setiap malam kecuali dengan kebenaran.

  1. Sebarang ceramah, kuliah, forum dan sebagainya yang akan diadakan di musolla dan melibatkan tenaga luar hendaklah mendapat kebenaran Pengetua.


No comments:

Post a Comment